Annual Leave / Cuti Tahunan

Bulan Disember adalah bulan terakhir sebelum kita memasuki tahun baru 2011. Ramai yang sibuk membawa anak-anak pergi bercuti memandangkan cuti sekolah juga jatuh pada bulan Disember. Bagi mereka yang berkerja, bulan ini juga bulan yang memeningkan kerana syarikat-syarikat terpaksa membuat persiapan bagi tahun baru yang akan menjelma. Akaun-akaun perlu ditutup dan diaudit, lesen-lesen perlu dibaharui, profile perlu di “update” dan lain-lain lagi. Pendek kata, banyak kerja perlu disiapkan dengan segera. Maka, ada juga yang naik angin di pejabat dan keluarlah segala darah tinggi, kencing manis dan sebagainya. :D

Bagi yang selalu berurusan dengan bank dan pejabat-pejabat kerajaan, adakalanya masa inilah yang amat membengangkan! Ini kerana pada bulan Disember ini ramai yang mengambil cuti dan diLULUSKAN pula oleh boss-boss mereka tanpa sebarang banyak soal. Akibatnya, kaunter-kaunter kekurangan pekerja, fail-fail pelanggang tidak dapat dikesan, tuntutan (claim) bagi kerja-kerja dibuat tidak siap lagi dan pegawai bertugas tidak dapat dihubungi. Bayangkan jika anda datang dari nun jauh di pendalaman dan diberitahu anda tidak dapat berurusan kerana pegawai cuti dan tiada penggantinya. Apakah perasaan anda?

Gambar kredit kepada Realityrn.com

Isu ini adalah suatu yang amat biasa berlaku bukan sahaja di agensi kerajaan, malah di beberapa syarikat swasta juga. Boss-boss yang mahu ‘popular” dikalangan staff mengambil jalan mudah dengan meluluskan permohonan cuti tahunan tanpa melihat terlebih dahulu samada ia mengganggu kelancaran operasi syarikat/agensi.  Soalannya: Adakah Annual Leave atau Cuti Tahunan itu satu hak mutlak dan tidak boleh  diketepikan?

Akta yang terpakai bagi mengawal hubungan majikan dan perkerja di Malaysia adalah Employment Act 1955 atau Akta Pekerjaan 1955(Akta 265). Ia digunakan di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Sabah dan Sarawak pula mempunyai Ordinan Buruh yang hampir sama dengan Akta Pekerjaan 1955. Akta dan Ordinan-ordinan ini turut menggariskan syarat minima bagi cuti tahunan atau annual leave bagi mereka yang dilindungi oleh Akta dan Ordinan-Ordinan ini. Kakitangan kerajaan pula dikawal oleh aturan-aturan yang dikeluarkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa. Namun, kebanyakkan prinsip asas undang-undang buruh tetap digunakan.

Di bawah Akta Pekerjaan 1955, seseorang pekerja layak mendapat cuti tahunan SELEPAS BERKERJA SELAMA 12 BULAN dengan majikannya.

Annual leave
60E. (1) An employee shall be entitled to paid annual leave of—
(a) eight days for every twelve months of continuous service with the same employer if he has been employed by that employer for a period of less than two years;
(b) twelve days for every twelve months of continuous service with the same employer if he has been employed by that employer for a period of two years or more but less than five years; and
(c) sixteen days for every twelve months of continuous service with the same employer if he has been employed by that employer for a period of five years or more,

(2) The employer shall grant and the employee shall take such leave not later than twelve months after the end of every twelve months continuous service and any employee who fails to take such leave at the end of such period shall thereupon cease to be entitled thereto:

Lihat peruntukan pada seksyen 60(E) (2), perkataan “The employer shall grant” atau dalam bahasa Malaysia “Majikan hendaklah membenarkan (cuti)”. Adakah ini bermakna setiap kali pekerja menghantar borang cuti, majikan perlu membenarkan atau meluluskan sahaja? Dalam kata lain, adakah ini hak mutlak pekerja?

Jika begitu mengapa perlu ada permohonan cuti dibuat terlebih dahulu? Kenapa tidak makluman cuti sahaja diberikan? Bukankah ianya menjadi ‘redundant’ atau tidak perlu jika hak bercuti pekerja adalah mutlak?

Mahkamah Perindustrian (Industrial Court) dalam satu keputusannya (I.C Award 473/97) memutuskan bahawa:

An employee’s entitlement to annual leave cannot be claimed as of right. He must obtain permission from his employer in order to abstain him from going to work. Failure to obtain such consent would render him as being absent without leave; This is a fundamental breach of contract.”

Dalam satu lagi keputusan Mahkamah Perindustrian (I.C Award 587/1998), hakim menegaskan bahawa hak bercuti seorang pekerja hendaklah diimbangkan dengan setaranya dengan keperluan majikan menjalankan perniagaan dengan secekapnya:

“It is a misconception to suggest that an employee can go away whenever he submits his leave application without regard to the employer’s convenience. The right of an employee to go on leave must be balanced equitably with the exigencies of the employer’s business. The discretion to grant or not to grant the employee’s leave is the discretion of the employer. An employee is not at liberty to absent himself fro work unless his leave is formally and properly approved by his employer”.

Kesimpulannya, hak cuti tahunan ini adalah  terkandung dalam kontrak perkerjaan samada tersirat (mengikut Akta) atau tersurat (tertulis dalam kontrak pekerjaan). Namun, ia bukanlah suatu yang mutlak dan perlu mendapatkan keizinan dari majikan dahulu agar kelancaran perniagan/pentadbiran tidak terjejas. Oleh itu perlu ada satu persefahaman antara majikan atau wakil-wakil majikan (boss-boss Jabatan Sumber Manusia terutamanya) dengan pekerja-pekerja dalam hal-hal yang melibatkan cuti tahunan ini. Antara kaedah yang boleh dipraktikkan adalah menasihatkan pekerja-pekerja agar berbincang sesama mereka agar cuti mereka tidak bertindihan dan mengakibatkan cuti itu tidak dapat diluluskan. Boss-boss juga perlu memastikan pekerja telah menyiapkan kerja sebelum bercuti dan ada pekerja lain yang mampu mengisi tugas pekerja itu agar perjalanan dan pentadbiran syarikat/agensi tidak terjejas.

- Annual Leave / Cuti Tahunan

Passionate About Blogging

Tags: , , ,
Posted in Bahasa Malaysia on Dec 16th, 2010, 1:37 pm by No 1 Di Google   

28 Responses

  1. December 16th, 2010 | 4:43 pm

    Untuk mereka yang berkerja sendiri macam aku pun hujun tahun merupakan waktu paling sibuk dan serabut…,

    Ps: employe hand book :D

  2. December 16th, 2010 | 6:41 pm

    Sedang merancang nak bercuti panjang ni :)

    Apa-apa pun sebelum bercuti memang wajar berbincang dengan rakan yang lain agar urusan kerja tidak terjejas.

  3. zik
    December 17th, 2010 | 3:15 am

    aiyoo.. hujung tahun memang sibuk semua… memang nampak lah..sekarang nie… dah mula sibuk..nak tutup akaun,

  4. December 17th, 2010 | 5:00 pm

    cuti suri mmg sush nak dapt..kekadang keje dah siapkan awal…mtk cuti elek aduh sabau jelah..

  5. December 18th, 2010 | 12:02 am

    Masalah pekerja merancang cuti pun masalah juga nak dekat-dekat hujung tahun baru nak ambik cuti sebab tak boleh carry forward banyak-banyak.

  6. December 18th, 2010 | 8:44 am

    wah! best-best entry kali ini.. teringat pulak masa kat sekolah yg tak berapa tinggi itu…kelas IR (Industrial Relations)…heheheh

    bang, butang ‘like’ kat mana ek? nak tekan butang tu ni.. hahahha

  7. December 18th, 2010 | 3:30 pm

    hujung tahun ni selalunya kilang aku tutp shutdown. tapi bukan sebab akhir tahun, tapi sebab cuti krismas.

    kilang tmp aku bekerja..kalendar tahun barunya ialah pada bulan 7

  8. December 18th, 2010 | 6:32 pm

    uh saya tak kerja lagi
    so faham2 aje la, tapi kena amik taw gak ni

  9. December 18th, 2010 | 9:28 pm

    Lagi tambah serabut bila semua urusan di kaunter tergendala akibat ramai yg ambil cuti tahunan.

  10. December 18th, 2010 | 9:31 pm

    kalau jd bercuti, kawe ucapkan selamat bercuti. Kalau ada problem tu salah boss la sebab approve cuti tanpa siasat terlebih dulu. :D

  11. December 18th, 2010 | 9:31 pm

    buku 555 pun tutup jugak time nih..

  12. December 18th, 2010 | 9:33 pm

    kalau tak silap suri kerja firm lawyer kan? He he memang payah nak cuti tu. Kalau boss lawyer mmg selalu cerewet… :D

  13. December 18th, 2010 | 9:35 pm

    that’s why boss yg baik akan plan awal2 dengan staffnya. Buat memo ke utk encourage staff ambik cuti awal-awal dan warning yg cuti mungkin tak approve kalau time hujung tahun… Tapi jarang aku tgk company implement benda2 ni except satu dua aje.. :D

  14. December 18th, 2010 | 9:37 pm

    Aik Maza ada akaun FB ke sampai nak tekan butang “Like”? Butang tu dah kena buang sebab itu hari mcm-mcm error keluar, so tinggal tak sampai 10 plugin je blog ni guna. :D

  15. December 18th, 2010 | 9:38 pm

    kilang ok le kot sbb tak ada walking customers atau pelanggan di kaunter. So, selamat bercuti Ladfe.. :D

  16. December 18th, 2010 | 9:39 pm

    Hmm kalau minat ambik course HR, maybe benda ni berguna utk jd panduan… :D

  17. December 18th, 2010 | 10:14 pm

    salam cek mail..
    aku tengok kat Malaysia ni banyak beno cutilah..
    semua nak mintak hari kebesaran dia orang jadi hari cuti..tu yang ada pendapat ia menjejaskan kualiti hari kerja keseluruhannya…

  18. December 18th, 2010 | 10:49 pm

    betul tu.. kalau tak silap mantan perdana menteri, TDM pun pernah sebut hal yg sama dulu. Kalau yg makan gaji ok lah. Yang hidup berniaga susah lah sebab time is money.

  19. December 18th, 2010 | 10:58 pm

    kalau berniaga sendiri boleh fikir nak cuti bila..jadi cikgu dah confirm cutinya bila, dulu pernah gak nak masuk maktab tapi tak dapat, ada gak member nak jadi cikgu, mula2 sebab dia anggap kerja senang dan masa cuti banyak..

    hope niat dia tu dah betul sekarang,
    okla bro, nak komen banyak saya tak kerja lagi hehe..setakat format laptop, bila2 saya boleh cuti

  20. December 19th, 2010 | 11:46 am

    tahun ni saya tak ada cuti tahunan pasal baru balik dari cuti belajar selama dua tahun…tapi rasa macam nak cuti jugak ni huhuhu

  21. December 19th, 2010 | 2:33 pm

    memang pun, kadang kadang satu hari terpaksa dihabiskan semata mata untuk urusan Bill je

  22. December 19th, 2010 | 5:32 pm

    ada byk tempat yg aku pergi tetapi urusan tidak boleh dibuat sebab pegawai cuti dan yg lain tak tahu mana fail atau tak tahu status fail. Maka, terpaksalah dtg kembali esok hari dan kadang-kadang esok lagi….

  23. December 19th, 2010 | 5:35 pm

    actually bro, kalau tak kerja pun ko boleh terasa sikit hal ini sbb surely ko ada pergi buat urusan di mana-mana dan diberitahu urusan tak dapat dibuat sebab pegawai cuti. Aku cuma mahu tahu apa perasaan hang time tu? :D

  24. December 19th, 2010 | 5:36 pm

    kalau still company yg sama cuti sabatikal tu tak le ganggu kelayakkan cuti tahunan. Tapi terlampau le kalau ambil cuti kalau baru balik bercuti.. :D

  25. December 19th, 2010 | 6:29 pm

    kalau bukan yang berkaitan cuti tahunan ok tak?masa saya praktikal dekat pejabat agama, saya terpaksa terangkan pada klien sebab pegawai unit pembangunan insan tu cuti..

    saya cuma terangkan yg pegawai tu cuti je..klien tu mcm bengang jugala..

  26. December 19th, 2010 | 10:36 pm

    ditto.
    agak difahami jika ibubapa ambil cuti time cuti sekolah akan tetapi ia perlu di laksanakan dengan cara yg efficient dan bergilir-giir. :D

  27. December 19th, 2010 | 10:37 pm

    maybe dia bengang sbb dia dtg dari jauh atau dia dtg byk kali dan pegawai tu cuti jugak. :D

  28. ardzham
    December 19th, 2010 | 9:33 pm

    Memang betul, ramai pekerja ambil cuti bila dah nak akhir tahun. Mereka ni mungkin tak ambil cuti pada awal dan pertengahan tahun, maka masa yang sesuai ialah pada akhir tahun. Anak-anak cuti sekolah maka bolehlah pergi melancong ke balik kampung ke.

    Bila pekerja bercuti, sepatutnya bos-bos dah siap sedia untuk mencari penganti sementara kepada pekerja terbabit supaya segala urusan berjalan lancar.

Leave a reply


 Powered by Max Banner Ads